Browsed by
Tag: persediaan

90% Persediaan, 10% Perlaksanaan

90% Persediaan, 10% Perlaksanaan

90% persediaan dan 10% selebihnya adalah perlaksanaan menggambarkan masa yang diperuntukkan oleh orang berjaya untuk mencapai kejayaannya. Nisbahnya hanya gambaran, seperti sebuah analogi aisberg yang terapung. Pada permukaannya nampak aisberg yang terapung, tetapi di bawahnya adalah sebahagian besar aisberg yang tenggelam untuk memberi daya tujah terhadap permukaan yang timbul. Begitu juga orang berjaya, sebahagian besar masanya yang tidak terlihat orang ramai diluangkan kepada membuat persediaan mencapai kejayaannya.

aisberg

Seorang penyanyi berbakat dilihat mengujakan di atas pentas, tetapi apa yang tidak terlihat adalah persediaannya berulang kali untuk saat persembahan sebenar. Seorang pelajar cemerlang dapat menjawab soalan exam dengan yakin, namun ratusan soalan telah diulangkaji sebelum peperiksaan sebenar. Orang yang berpencapaian sederhana meluangkan masa yang lebih sedikit terhadap persediaan berbanding dengan orang yang berpencapaian cemerlang. Orang cemerlang tidak jemu membuat persediaan, setiap masa tidak berlalu tanpa persediaan dijalankan sama ada secara luaran (fizikal) atau dalaman (mental). Kebosanan bagi mereka adalah level kanak-kanak (contoh..). Orang yang merasa bosan terhadap persdiaan bagi mereka mempunyai isu lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jadi..apa yang membuatkan orang cemerlang mampu membuat persediaan setiap masa, setiap hari, setiap saat sampai masanya perlaksanaan berlaku yang biasanya tidak mampu dibuat oleh orang sederhana? Apa sebab mereka terus menerus membuat persediaan tanpa rasa bosan? Dari mana kekuatan mereka datang?