Perluasan Kepekaan

Perluasan Kepekaan

Perluasan kepekaan ni  bermula dari satu latihan praktikal ringkas yang tak ambil masa lama (dan mungkin perlu buat sekali sahaja), memberi satu idea dan kemahiran, kemudian menjadi satu praktis (benda yang dibuat berkal-kali), seterusnya menjadi habit. Habit ini pula dapat membuka jalan dan peluang untuk pelbagai perkara yang mungkin bermanfaat.

Expanded awareness

Latihan boleh dibuat dalam keadaan duduk (relaks) dan lebih membantu dalam ruang yang sedikit luas. Perluasan kepekaan termasuk penggunaan medan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa (semua).

Mula-mula sukat dulu setakat mana kepekaan deria-deria.

Apa yang dilihat?

Seluas mana medan penglihatan? (tanpa cermin mata mungkin hampir 180°)

Apa yang dapat didengari?

Apa yang dapat dihidu?

Apa yang dapat dirasa (sentuhan dan rasa)?

Akhir sekali objek apa yang sedang difokus?

Sekarang mungkin sedang difokus pada laptop atau PC. Fokus dialih ke tempat lain, mungkin jam di dinding, seseorang di luar rumah, kereta.

Kemudian cuba peka dengan semua deria secara 360°.

Kemudian cuba fokus pada sesuatu tanpa melihat terus pada objek.

Kemudian cuba fokus pada sesuatu yang di luar medan penglihatan.

Tahu siapa yang berjalan berdekatan tanpa lihat padanya?

Dapat lihat seseorang tanpa fokus padanya?

Boleh dilakukan. Sambil fokuskan penglihatan pada laptop, boleh dilihat siapa yang lalu di sisi dan apa yang sedang dibuat seperti melihat sebuah wayang gambar.

Pada masa ini pada fikiran sedang fokus pada orang itu walaupun mata sedang fokus pada laptop

Boleh difokus anda pada sesuatu objek pada bila-bila masa, tetapi pada masa yang sama boleh alihkan (shift) fokus pada objek lain pada bila-bila masa dan antara objek dengan pantas.

Gunakan fungsi Kemahuan untuk meluaskan kepekaan, boleh katakan

“Saya peka dengan keadaan sekeliling saya dan diri saya secara 360° dan saya boleh alihkan fokus saya pada bila-bila masa.

Adakah peka dengan keadaan tubuh?

Peka dengan pernafasan? Sedalam mana nafasnya?

Peka dengan aliran darahnya? Atau bahagian tubuh yang mana aliran darahnya kurang memuaskan?

Peka dengan kehadiran dan tahap tenaga biologi pada bahagian-bahagian dalam tubuh?

Peka dengan kualiti udara yang dihidu atau air yang diminum?

Peka dengan tahap Kesihatannya?

Sekarang ni mungkin disedari deria rasanya bukan terhad pada lidah sahaja, tetapi termasuk kefungsian organ-organ lain juga.

Akhir sekali adakah boleh peka terhadap sesuatu yang tidak datang dari 5 deria utama? Contohnya sesuatu yang wujud hanya dalam mindanya? Adakah ia sesuatu yang bagus atau tidak?

Setelah dilakukan latihan ni, mungkin disedari bahawa kepekaan yang diperluas ni amat membantu untuk mahu menjadi individu yang lebih efektif atau mungkin untuk mencapai cita-cita, dan dijadikannya habit seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *