Kekuatan karya dan visibility tunggak penulis

Kekuatan karya dan visibility tunggak penulis

Sebuah karya yang ditungkus-lumus dihasilkan dengan berkualiti adalah lebih baik daripada banyak karya tetapi kurang kekuatan atau kualiti. Menulis dan terus menulis itu seharusnya adalah tabiat penulis, jadi tidak pelik jika ada terjumpa tulisan tidak berkualitinya, seperti juga pelukis menghasilkan ‘sketch’ sebelum terhasilnya mahakaryanya. Tapi untuk menghasilkan mahakarya berkualiti itu penulis perlu perbaiki sehingga beberapa kali tulisannya. Penulis ‘average’ tidak meluangkan masa berfikir san merancang dengan lebih teliti elemen-elemen seperti gaya bahasa, perkembangan plot, plot twist, keistimewaan cerita dan bagaimana…

Read More Read More

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan adalah asas yang kukuh dalam sesuatu perniagaan mahupun dalam kareer dan kehidupan. Ia adalah sesuatu yang direka sama ada untuk pelanggan, orang ramai, teman sekeliling atau rakan sekerja menggambarkan identiti seseorang, sesebuah organisasi, perniagaan atau produk. Dalam penjenamaan, mereka dan menetapkan identiti sesuatu jenama itu secara teliti itu amat membantu untuk menguatkan jenama itu. Identiti sesuatu produk itu boleh jadi kukuh, reka bentuk cantik, amat berkesan, murah atau boleh jadi juga ‘premium’. Identiti seseorang yang ditetapkan dalam kareernya pula…

Read More Read More

Kebenaran itu mempunyai Corak

Kebenaran itu mempunyai Corak

Dalam setiap maklumat yang diterima, ia boleh jadi benar atau palsu. Maklumat yang benar itu mempunyai harganya. Tapi kebenaran maklumat itu perlu ditafsir. Seorang penyelidik contohnya mahu menggunakan satu kenyataan yang dibacanya daripada sebuah laporan untuk menghasilkan sebuah hasil penyelidikan yang bernilai, perlu pastikan bahawa kenyataan yang dibaca itu benar. Penyelidikan itu satu disiplin umum yang amat dijaga sumber dan kredibiliti maklumat yang diterima. Pada setiap sumber berkredibiliti juga ditapis oleh penyelidik yang teliti untuk dinilai sahih. Dapat dilihat dalam…

Read More Read More

Bina peluang pendapatan sendiri

Bina peluang pendapatan sendiri

Zaman ekonomi susah, semakin hari semakin menghimpit. Yang paling beruntung adalah orang yang mampu membina peluang pendapatan sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada berniaga, bekerja makan gaji atau menawarkan apa-apa servis. Ketiga-tiganya boleh jadi tergolong dalam topiknya tersendiri. Nak bina sesuatu yang bernilai akan memakan masa. Contohnya perniagaan yang menguntungkan. Fakta pertama, ramai peniaga yang bungkus sebelum perniagaan mendatangkan keuntungan yang berterusan. Fakta kedua, ramai yang lebih pandai bercakap atau mengajar mencipta perniagaan daripada membina perniagaan sendiri….

Read More Read More

Yang bernilai berbaloi dibayar

Yang bernilai berbaloi dibayar

Jika masa itu bernilai, berbaloilah untuk dibayar jika yang diambil dari seseorang itu masa. Jika servis itu bernilai, berbaloi juga untuk dibayar jika berkeinginan menggunakannya. Sesuatu yang diletak harga tidak sesuai dengan nilainya, lebih baik terus je tinggalkan. Jika meminta sesuatu yang bernilai, berikan juga sesuatu yang bernilai kecuali tak diingininya. Jika diminta yang bernilai pula, terus sahaja beritahu harganya. Ada masa pula yang bernilai itu diberi percuma, tetapi bukan dengan terpaksa. Ada masanya pula sesuatu yang bernilai itu datang…

Read More Read More