Lelaki/Wanita Berprinsip

Lelaki/Wanita Berprinsip

Manusia cemerlang yang apabila dikaji teras-teras dalam dirinya antaranya adalah mempunyai prinsip diri yang kukuh. Manusia ini adalah manusia atau lelaki/wanita berprinsip.  Kukuhnya prinsip dalam dirinya itu adalah ibarat program atau struktur utama yang amat efektif. Prinsip yang kukuh apabila cuba diubah oleh sesuatu pengaruh yang tidak selari tetap akan kukuh. Ianya bukan kedegilan, tetapi sesuatu sistem yang amat difahami oleh manusia cemerlang.

Manusia cemerlang memahami bahawa prinsip seseorang mungkin berbeza, kerana prinsip itu intipatinya adalah nilai-nilai (value) yang dipegang oleh seseorang.

Contoh nilai:

  • Kualiti kerja/servis
  • Perhubungan
  • Kekeluargaan
  • Keagamaan
  • Professionaliti
  • Kesihatan
  • Kekayaan
  • Kepuasan
  • Gaya/kecantikan
  • Integriti
  • Keadilan
  • Kedudukan/pangkat
  • Kehormatan
  • Patriotisme
  • Kepimpinan
  • Menghargai masa
  • Fokus
  • Cinta
  • Kesetiaan
  • Kesahihan
  • Nama (Visibility)
  • Kebebasan
  • Sikap yang betul
  • Kesopanan
  • Keuntungan dll.

Nilai-nilai yang dipegang dan dihargai seseorang itu menjadi prinsipnya. Prinsip seseorang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa boleh jadi bergantung kepada pengalaman dan ilmu pengetahuannya. Prinsip yang baik dibina dengan nilai-nilai yang positif dan ianya biasanya bukan sahaja baik untuk individu itu malah juga kepada orang sekeliling dan alam.

Jika di sebalik prinsip itu adanya nilai-nilai, di sebalik nilai itu ada lagi nilai yang lebih teras. Dan semuanya berhubung rapat dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan seseorang. Manusia cemerlang ada masanya mahu juga mengenal pasti prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang mahu/perlu dipegangnya untuk komunikasi diri yang lebih baik.

Setelah menenal pasti prinsip diri, apa yang berlaku dan dialami oleh manusia cemerlang akan dirujuk dan diubah berdasarkan prinsip dirinya. Prinsip diri yang kuat walau dalam apa jua keadaan akan terus berdiri teguh ibarat sebuah kubu utama yang amat kukuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *