Browsed by
Category: Tips Penulis

Kekuatan karya dan visibility tunggak penulis

Kekuatan karya dan visibility tunggak penulis

Sebuah karya yang ditungkus-lumus dihasilkan dengan berkualiti adalah lebih baik daripada banyak karya tetapi kurang kekuatan atau kualiti. Menulis dan terus menulis itu seharusnya adalah tabiat penulis, jadi tidak pelik jika ada terjumpa tulisan tidak berkualitinya, seperti juga pelukis menghasilkan ‘sketch’ sebelum terhasilnya mahakaryanya. Tapi untuk menghasilkan mahakarya berkualiti itu penulis perlu perbaiki sehingga beberapa kali tulisannya. Penulis ‘average’ tidak meluangkan masa berfikir san merancang dengan lebih teliti elemen-elemen seperti gaya bahasa, perkembangan plot, plot twist, keistimewaan cerita dan bagaimana cerita ini akan sampai kepada minda pembaca. Berfikir dan merancang itu mungkin memakan masa pada mulanya tetapi alah biasa tegal biasa, lama-lama akan menjadi cekap dan pantas.

Visibility atau keterlihatan itu adalah seramai mana orang yang dapat melihat karya itu. Setelah dapat lihat barulah orang dapat membaca dan menilai karya itu. Dengan adanya pembaca barulah penulis dapat hidup. Penulis perlukan visibility seramai mungkin. Caranya adalah dengan promosi. ‘Promosi’ itu perkataannya mudah tetapi untuk menguasai teknik-teknik promosi bagi penulis ini mungkin penulis perlu khatam beberapa buah buku dahulu dalam tajuk ‘promosi untuk penulis’ ini.

Dalam zaman media sosial sekarang ini nak promosikan karya itu ‘tak susah’. Yang lebih mencabar itu bagaimana nak jadikan sesebuah karya itu dilihat kehadapan berbanding karya penulis lain. Salah satu caranya mula membina list follower atau list pembaca. Sebelum itu pula penulis perlu kenal pasti apa makanan pembaca sasarannya? Walaupun pemasaran dan jualan itu sebahagian besarnya adalah urusan penerbit, tetapi penerbit juga lebih suka mencari penulis yang pandai promosikan diri sendiri dan mempunyai sejumlah follower yang ramai.

Tulis Buku

Tulis Buku

writing

Oleh sebab zaman internet dan sosial media sekarang, makin ramai yang sedar sesiapa pun boleh jadi penulis buku. Ia boleh dilakukan tak kisah buku apa yang nak ditulis sama ada buku motivasi, ilmiah, cerita, masakan, pengalaman diri, how to, dll. Buku ilmiah mungkin memerlukan latar belakang pendidikan berkaitan.

Bagaimana nak mula?

Mulakan dengan menulis seperti tulis karangan zaman sekolah dulu. Boleh mula dari mana-mana bahagian yang disukai dan go and back dari mana-mana bahagian iaitu:

  • Isi
  • plot
  • senarai watak

Atau mana-mana sahaja. Jangan risau tentang tatabahasa sebab itu boleh dibetulkan nanti. Yang penting adalah perkembangan cerita. Tiada cara untuk kembangkan kecuali terus menulis, sampailah cerita siap. Lepas tu mungkin baca balik dan betulkan balik sama ada plot cerita, gaya bahasa, ayat ataupun watak. Mengembangkan cerita itu memerlukan kerja, fokus dan usaha yang berterusan. Pembelajaran yang terbaik untuk tulis buku adalah sewaktu tengah menulis dan mengembangkan cerita. Disiplin menulis harus dibina. Jika seseorang yang sibuk dengan kerjaya utamanya, mungkin setiap hujung minggu perlu diluangkan beberapa jam untuk menulis.