Browsed by
Category: Tips Cari Duit

Database sebagai aset berkuasa

Database sebagai aset berkuasa

Database harus dikumpul seawal mungkin. Database adalah himpunan maklumat-maklumat dalam keadaan tersusun dan biasanya ia menghimpun senarai-senarai yang penting sama ada untuk perkembangan perniagaan, karieer, keprofessionalan dan juga minat seseorang.

Database-database yang berguna untuk ahli perniagaan, professional, seseorang ketua atau individu boleh disenaraikan seperti berikut:

  1. Senarai pembekal barangan perniagaan.
  2. Senarai individu yang berpotensi sebagai rakan perniagaan, collaborator atau penyelesai masalah.
  3. Senarai bekas pelanggan atau orang yang berminat dengan tawaran kamu.
  4. Senarai servis yang ada untuk menjalankan perniagaan atau projek.
  5. Senarai bakal majikan untuk seorang pekerja atau professional.
  6. Senarai organisasi dan syarikat yang berkaitan dengan perniagaan atau karieer seseorang.
  7. Senarai aset yang dimiliki seseorang.
  8. Senarai fasiliti atau peralatan berkaitan yang boleh digunakan.
  9. Rekod-rekod pembelian atau audiens.
  10. Senarai kata kunci yang penting.
  11. Senarai ayat-ayat berguna untuk perniagaan atau projek.
  12. Sebarang himpunan data-data lain yang berguna.

Maklumat daripada sesebuah database adalah sangat bernilai. Maklumat adalah sangat bernilai dalam perniagaan atau keprofessionalan seseorang. Ianya harus mempunyai harga yang sepadan sama ada dengan kesusahan untuk memperolehinya atau potensinya. Dalam sesuatu situasi, maklumat dalam sesebuah database tidak harus diberikan secara percuma tetapi harus menjadi sebuah tawaran yang menguntungkan seseorang.

Ianya boleh jadi lebih bernilai daripada networking jika digunakan dengan betul dan seseorang juga tidak perlu risau berkaitan networking jika dia mempunyai database yang hebat. Ini kerana database itu sendiri mempunyai potensi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dapat diselesaikan dengan networking.

Dengan bermulanya zaman big data sekarang, database itu sangat bernilai sama ada pada peringkat individu sehinggalah kepada orgnanisasi atau sesebuah negara. Cara untuk mengumpul database adalah sebuah topik yang besar namun cara yang paling mudah adalah buku dengan pen atau penggunaan barangan elektronik seperti laptop.

Database boleh menjadi faktor besar kejayaan atau perkembangan kehidupan seseorang.

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan adalah asas yang kukuh dalam sesuatu perniagaan mahupun dalam kareer dan kehidupan. Ia adalah sesuatu yang direka sama ada untuk pelanggan, orang ramai, teman sekeliling atau rakan sekerja menggambarkan identiti seseorang, sesebuah organisasi, perniagaan atau produk. Dalam penjenamaan, mereka dan menetapkan identiti sesuatu jenama itu secara teliti itu amat membantu untuk menguatkan jenama itu. Identiti sesuatu produk itu boleh jadi kukuh, reka bentuk cantik, amat berkesan, murah atau boleh jadi juga ‘premium’. Identiti seseorang yang ditetapkan dalam kareernya pula boleh jadi peramah, tegas, teliti, pantas, efisyen, mahir, hipster, ekstrem dll. Inilah identiti @ penjenamaan yang direka sebagai imej kepada sasaran tertentu.

Dalam menaikkan jenama ini, ada pula identiti yang terpendam, disembunyikan atau harus dikorbankan contohnya jika produk itu murah, keberkesanannya amat rendah. Contoh lain, jika seseorang itu sangat peramah pula, sebenarnya kemahirannya boleh jadi rendah. Ini sebenarnya hukum alami. Jika sesuatu tenaga itu difokuskan kepada sesuatu perkara, tenaga yang pergi kepada perkara lain pula akan jadi lebih lemah. Seseorang yang multi-tasking pula contohnya biasanya tidak dapat menandingi prestasi orang yang begitu fokus kepada sesuatu perkara, contohnya kemahiran menulis novel fiksyen. Dalam perniagaan juga, fokus itu dapat menguatkan sesuatu penjenamaan. Dengan memfokuskan kepada sesuatu kekuatan juga, jika dikekalkan fokusnya dari semasa ke semasa sehingga bertahun-tahun, jenama itu akan menjadi sangat kuat dan kukuh.

Membina jenama yang kuat itu memerlukan perancangan, fokus, usaha, dan usaha keras. Tengok sahaja jenama-jenama yang kuat dan nama-nama individu yang terkenal dengan sesuatu identiti yang bermanfaat, mereka bekerja kuat terus menerus untuk membina jenama itu dan mungkin menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat menaikkan jenama itu.

Bina peluang pendapatan sendiri

Bina peluang pendapatan sendiri

Zaman ekonomi susah, semakin hari semakin menghimpit. Yang paling beruntung adalah orang yang mampu membina peluang pendapatan sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada berniaga, bekerja makan gaji atau menawarkan apa-apa servis. Ketiga-tiganya boleh jadi tergolong dalam topiknya tersendiri.

Nak bina sesuatu yang bernilai akan memakan masa. Contohnya perniagaan yang menguntungkan. Fakta pertama, ramai peniaga yang bungkus sebelum perniagaan mendatangkan keuntungan yang berterusan. Fakta kedua, ramai yang lebih pandai bercakap atau mengajar mencipta perniagaan daripada membina perniagaan sendiri. Peniaga yang berjaya tahu setiap wang yang dibelanjakan akan mendatangkan pulangan.  Pelabur yang berjaya juga hanya melabur di mana kebarangkalian untuk untung adalah tinggi.

Bagi pekerja yang berjaya mendapat kerja idaman, mereka tahu kebolehpasaran kemahiran yang mereka miliki. Mereka membina kemahiran dengan tahu hala tuju mereka. Mereka juga mempunyai backup kepada rancangan mereka.

Dalam kesemua kategori di atas dapat dirumuskan mereka yang berjaya telah:

  1. Merancang hala tuju.
  2. Membuat kajian tentang prospek (peluang) untuk berjaya.
  3. Bekerja KERAS di atas rancangan yang telah dikaji.
  4. Mempunyai data yang mencukupi dan bernilai sebagai asetnya (database).
  5. Tahu lubuk pasarannya.
  6. Mempunyai hubungan dengan individu yang sesuai.
  7. Mengumpul aset yang bernilai dari semasa ke semasa.
  8. Menjaga asetnya dengan sebaik mungkin.
  9. Mempunyai rancangan kecemasan jika kesemuanya juga tidak berjaya.

Akhir sekali walau apa pun berlaku, orang yang berjaya mempunyai hati yang kental. Mereka tidur untuk bangun mencapai impiannya. Mereka berehat untuk meneruskan rancangannya. Jika perlu mereka berhenti untuk kembali ke landansannya.