Browsed by
Category: Potensi Diri

Kesakitan di masa silam menjadi Kekuatan Sekarang

Kesakitan di masa silam menjadi Kekuatan Sekarang

Jika diketahui kesakitan di masa silam boleh jadi kekuatan kepada seseorang pada masa sekarang dan masa hadapan…

Pasti dihargainya kesakitan, atau lebih dari itu disukainya kesakitan.

Kesakitan (jiwa) bagi kebanyakan orang adalah penderitaan emosi. Jika difikir dengan jelas apa kesakitan yang pernah seseorang alami boleh jadinya

  • Cinta (-cinta) yang tak kesampaian
  • Kehilangan sesuatu yang (amat) disayangi
  • Ketidakupayaan (powerless) untuk mencapai sesuatu
  • Ketakutan (FEAR) yang menghilangkan peluang
  • Kekangan kewangan dll

Kesakitan itu juga boleh jadi susah untuk hilang, sehingga bertahun lamanya kerana ia terpendam sebagaiĀ  MEMORI. Lebih dahsyat jika ianya akan berulang di masa hadapan..sehinggalah disedari yang kesakitan ini dapat menjadi kekuatan di masa sekarang. Jika dilihat,

kesakitan di atas adalah sesuatu yang beremosi. Emosi membawa energi secara biologikalnya. Energi ini dapat mencederakan seseorang jika dibiarkan terus menerjah kita secara negatif. Tetapi jika kita membawa energi ini ke arah sesuatu yang positif, iaitu Matlamat dan Keinginan,

Ianya akan menjadi KEKUATAN.

Ia menjadi kekuatan untuk seseorang terus perbaiki diri, untuk terus berusaha, untuk terus tidak berputus asa, untuk kita menjadi LEBIH BAIK berbanding masa lalu.

Semakin banyak berusaha, semakin beraninya bertindak, semakin banyak kesakitannya yang akan dialami. Jika tak buat apa-apa, selalu lari dari mencapai impian, pasti akan dapat mengelak dari ke kesakitan-kesakitan tersebut tetapi akhirnya akan tetap rasa juga apa yang dinamakan…

Kesakitan Penyesalan.

Dan kesakitan ini tidak membawa makna lain kecuali penyesalan terhadap ketidaksanggupan menghadapi kesakitan-kesakitan lain yang lebih bermakna.

Kesakitan adalah sesuatu yang bermanfaat, tetapi jadi tak bermanfaat jika kita tak ambil iktibar darinya.

LOVE the PAIN.

 

Endurance @ Daya Ketahanan

Endurance @ Daya Ketahanan

Daya ketahanan yang tinggi dapat bawa seseorang terus menuju ke arah destinasi yang ingin dituju. Destinasi yang jauh makin lama akan semakin dekat, dan suatu masa akan tiba ke destinasi itu jua. Namun jika berhenti selamanya untuk menuju ke arah destinasi itu, selamanya tidak akan sampai.

Orang yang dikatakan tidak berbakat atau berkemahiran, jika diasah bakat atau kemahiran tertentu pasti akan jadi mahir juga, walau seteruk mana bakat atau kebolehan seseorang itu. Pemain tennis atau bola yang teruk, jika dilatih dan dilatih akan jadi handal juga.

Orang yang mencari jodoh atau perhubungan yang diidamkan terutamanya cinta pertama apabila gagal akan berasa selamanya tidak akan dimiliki cinta yang dimilikinya. Ini bukan hanya memerlukan endurance, sebaliknya memerlukan sedikit pembukaan minda, meluaskan pandangan. Cinta yang tidak diterima dari seseorang dapat dimiliki dari orang yang lain. Begitulah jika seterusnya seseorang menerima penolakan demi penolakan dalam mencari cinta atau teman hidup impiannya, jika dia memiliki daya ketahanan yang tinggi, lambat laun akan perolehi jua apa yang ingin dicapainya.

Daya ketahanan dapat dibina, tetapi tidak terbina dengan sendirinya tanpa hala tuju yang jelas atau matlamat yang jelas.

90% Persediaan, 10% Perlaksanaan

90% Persediaan, 10% Perlaksanaan

90% persediaan dan 10% selebihnya adalah perlaksanaan menggambarkan masa yang diperuntukkan oleh orang berjaya untuk mencapai kejayaannya. Nisbahnya hanya gambaran, seperti sebuah analogi aisberg yang terapung. Pada permukaannya nampak aisberg yang terapung, tetapi di bawahnya adalah sebahagian besar aisberg yang tenggelam untuk memberi daya tujah terhadap permukaan yang timbul. Begitu juga orang berjaya, sebahagian besar masanya yang tidak terlihat orang ramai diluangkan kepada membuat persediaan mencapai kejayaannya.

aisberg

Seorang penyanyi berbakat dilihat mengujakan di atas pentas, tetapi apa yang tidak terlihat adalah persediaannya berulang kali untuk saat persembahan sebenar. Seorang pelajar cemerlang dapat menjawab soalan exam dengan yakin, namun ratusan soalan telah diulangkaji sebelum peperiksaan sebenar. Orang yang berpencapaian sederhana meluangkan masa yang lebih sedikit terhadap persediaan berbanding dengan orang yang berpencapaian cemerlang. Orang cemerlang tidak jemu membuat persediaan, setiap masa tidak berlalu tanpa persediaan dijalankan sama ada secara luaran (fizikal) atau dalaman (mental). Kebosanan bagi mereka adalah level kanak-kanak (contoh..). Orang yang merasa bosan terhadap persdiaan bagi mereka mempunyai isu lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jadi..apa yang membuatkan orang cemerlang mampu membuat persediaan setiap masa, setiap hari, setiap saat sampai masanya perlaksanaan berlaku yang biasanya tidak mampu dibuat oleh orang sederhana? Apa sebab mereka terus menerus membuat persediaan tanpa rasa bosan? Dari mana kekuatan mereka datang?

Potensi Diri

Potensi Diri

tanpa_batasanBoleh dikatakan kehendak setiap orang adalah mahu menjadi seorang yang efektif (subjektif ni). Sebab itu dari bayi sehingga besar setiap orang itu pasti berkembang dalam pelbagai aspek. Ini sebenarnya adalah mengikut naluri semula jadi manusia untuk survive. Oleh sebab tahap perkembangan seseorang itu berkait rapat dengan pengetahuannya berkaitan potensi diri, topik ini telah menjadi kajian sejak turun-temurun dan dirujuk dengan pelbagai nama – perkembangan diri, self development, personal development dll.

Juga boleh jadi tanpa sedar seseorang itu mempunyai pengetahuan dalam topik ini dan menggunakan dalam kehidupan sehari-harinya, bukan masalah asalkan terus berkembang. Pengembangan potensi diri mempengaruhi keputusan yang dicapai dalam hidupnya sama ada dalam kewangan, kesihatan, kebahagiaan, perhubungan dll. Apa yang diperlukan di sini pastinya usaha dan ikhtiar..yang berterusan. Admin bercakap mengenai ilmu di sini.

Macam mana saya dapat kembangkan potensi diri saya? Apa yang mampu saya capai?

Ambition -> emotion -> energy -> motion -> result