Browsed by
Category: Potensi Diri

Perisai ghaib untuk rawatan dan kesihatan mental

Perisai ghaib untuk rawatan dan kesihatan mental

Masalah wujud di mana-mana dan dan yang menjadi kerisauan biasanya yang berpunca dari dalam diri seseorang. Masalah kesihatan fizikal telah dilihat dalam post lepas dan kali ini diterokai pula tentang masalah kesihatan mental, dan kedua-duanya saling mempengaruhi jika diteliti dan dirasai. Masalah kesihatan mental atau disebut juga sebagai penyakit mental adalah masalah umum pada hari ini. Dianggarkan di negara ini ramai pesakit mental senyap yang tidak didiagnosis.

Dianggarkan ramai juga yang tidak sedar bahawa dia sedang mengalami atau semakin menuju kepada masalah kesihatan mental. Masalah hanya dapat diselesaikan jika ianya disedari. Meditasi adalah amalan yang bagus untuk membangunkan keupayaan kesedaran dan rasa bukan sahaja untuk mengenalpasti masalah, malah untuk mengenalpasti solusinya.

Salah satu teknik ampuh untuk merawat kesihatan mental atau untuk menguatkannya lagi adalah dengan menguasai teknik perisai ghaib. Ianya bukan teknik mistik dan bukannya perisai magik kepada ancaman fizikal dari luar, tetapi ianya adalah perisai kepada diri atau alam dalaman seseorang.

Harus difahami bahawa ancaman atau serangan kepada mental seseorang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja datangnya melalui deria-deria manusia biasanya pendengaran, penglihatan, sentuhan malah bau dan rasa juga dapat mengakibatkan serangan mental ini. Lebih teruk apabila maklumat-maklumat yang kompleks itu disimpan (stored) dalam memori seseorang. Serangan berterusan akan menyebabkan seseorang lebih lemah dengan bentuk serangan (maklumat) itu dan lebih teruk jika ia kekal dalam minda bawah sedar seseorang.

Sekarang lihat pula kepada teknik perisai ghaib. Keupayaan perisai ghaib dapat dibangunkan dengan cepat melalui amalan meditasi. Ianya harus ‘dirasai’ dan diamalkan dengan berterusan untuk mengasah keampuhannya. Terdapat pelbagai kegunaan perisai ghaib yang boleh diterokai seseorang termasuklah untuk rawatan dan kesihatan mental.

Jika seseorang menyelami alam dalamannya, dia dapat merasai atau ‘melihat’ bahawa serangan mental kepadanya datang seumpama serangan fizikal. Dia juga dapat merasai bagaimana serangan mental itu mempengaruhi prestasi tubuh badan dan fikirannya. Perisai ghaib dapat dibina serta merta dalam alam dalamannya untuk menghalang serangan itu daripada terkena dirinya. Bentuk dan warna perisai itu bergantung kepada kecenderungannya. Boleh jadi berupa pagar cahaya, cermin, dinding besi, cahaya berbentuk sfera atau apa sahaja.

Ia juga boleh dibentuk seperti peti kekangan (seal) yang dapat mengurung dan mengekang serangan atau punca serangan yang dilihatnya tadi dalam alam dalamannya. Bunyinya mungkin seperti sebuah kisah anime namun ini tidak lain adalah salah satu teknik manipulasi minda yang sangat ampuh. Penerokaan dan penguasaannya dapat menghasilkan individu yang cemerlang.

Lelaki/Wanita Berprinsip

Lelaki/Wanita Berprinsip

Manusia cemerlang yang apabila dikaji teras-teras dalam dirinya antaranya adalah mempunyai prinsip diri yang kukuh. Manusia ini adalah manusia atau lelaki/wanita berprinsip.  Kukuhnya prinsip dalam dirinya itu adalah ibarat program atau struktur utama yang amat efektif. Prinsip yang kukuh apabila cuba diubah oleh sesuatu pengaruh yang tidak selari tetap akan kukuh. Ianya bukan kedegilan, tetapi sesuatu sistem yang amat difahami oleh manusia cemerlang.

Manusia cemerlang memahami bahawa prinsip seseorang mungkin berbeza, kerana prinsip itu intipatinya adalah nilai-nilai (value) yang dipegang oleh seseorang.

Contoh nilai:

  • Kualiti kerja/servis
  • Perhubungan
  • Kekeluargaan
  • Keagamaan
  • Professionaliti
  • Kesihatan
  • Kekayaan
  • Kepuasan
  • Gaya/kecantikan
  • Integriti
  • Keadilan
  • Kedudukan/pangkat
  • Kehormatan
  • Patriotisme
  • Kepimpinan
  • Menghargai masa
  • Fokus
  • Cinta
  • Kesetiaan
  • Kesahihan
  • Nama (Visibility)
  • Kebebasan
  • Sikap yang betul
  • Kesopanan
  • Keuntungan dll.

Nilai-nilai yang dipegang dan dihargai seseorang itu menjadi prinsipnya. Prinsip seseorang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa boleh jadi bergantung kepada pengalaman dan ilmu pengetahuannya. Prinsip yang baik dibina dengan nilai-nilai yang positif dan ianya biasanya bukan sahaja baik untuk individu itu malah juga kepada orang sekeliling dan alam.

Jika di sebalik prinsip itu adanya nilai-nilai, di sebalik nilai itu ada lagi nilai yang lebih teras. Dan semuanya berhubung rapat dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan seseorang. Manusia cemerlang ada masanya mahu juga mengenal pasti prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang mahu/perlu dipegangnya untuk komunikasi diri yang lebih baik.

Setelah menenal pasti prinsip diri, apa yang berlaku dan dialami oleh manusia cemerlang akan dirujuk dan diubah berdasarkan prinsip dirinya. Prinsip diri yang kuat walau dalam apa jua keadaan akan terus berdiri teguh ibarat sebuah kubu utama yang amat kukuh.

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan & Identiti

Penjenamaan adalah asas yang kukuh dalam sesuatu perniagaan mahupun dalam kareer dan kehidupan. Ia adalah sesuatu yang direka sama ada untuk pelanggan, orang ramai, teman sekeliling atau rakan sekerja menggambarkan identiti seseorang, sesebuah organisasi, perniagaan atau produk. Dalam penjenamaan, mereka dan menetapkan identiti sesuatu jenama itu secara teliti itu amat membantu untuk menguatkan jenama itu. Identiti sesuatu produk itu boleh jadi kukuh, reka bentuk cantik, amat berkesan, murah atau boleh jadi juga ‘premium’. Identiti seseorang yang ditetapkan dalam kareernya pula boleh jadi peramah, tegas, teliti, pantas, efisyen, mahir, hipster, ekstrem dll. Inilah identiti @ penjenamaan yang direka sebagai imej kepada sasaran tertentu.

Dalam menaikkan jenama ini, ada pula identiti yang terpendam, disembunyikan atau harus dikorbankan contohnya jika produk itu murah, keberkesanannya amat rendah. Contoh lain, jika seseorang itu sangat peramah pula, sebenarnya kemahirannya boleh jadi rendah. Ini sebenarnya hukum alami. Jika sesuatu tenaga itu difokuskan kepada sesuatu perkara, tenaga yang pergi kepada perkara lain pula akan jadi lebih lemah. Seseorang yang multi-tasking pula contohnya biasanya tidak dapat menandingi prestasi orang yang begitu fokus kepada sesuatu perkara, contohnya kemahiran menulis novel fiksyen. Dalam perniagaan juga, fokus itu dapat menguatkan sesuatu penjenamaan. Dengan memfokuskan kepada sesuatu kekuatan juga, jika dikekalkan fokusnya dari semasa ke semasa sehingga bertahun-tahun, jenama itu akan menjadi sangat kuat dan kukuh.

Membina jenama yang kuat itu memerlukan perancangan, fokus, usaha, dan usaha keras. Tengok sahaja jenama-jenama yang kuat dan nama-nama individu yang terkenal dengan sesuatu identiti yang bermanfaat, mereka bekerja kuat terus menerus untuk membina jenama itu dan mungkin menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat menaikkan jenama itu.

Perluasan Kepekaan

Perluasan Kepekaan

Perluasan kepekaan ni  bermula dari satu latihan praktikal ringkas yang tak ambil masa lama (dan mungkin perlu buat sekali sahaja), memberi satu idea dan kemahiran, kemudian menjadi satu praktis (benda yang dibuat berkal-kali), seterusnya menjadi habit. Habit ini pula dapat membuka jalan dan peluang untuk pelbagai perkara yang mungkin bermanfaat.

Expanded awareness

Latihan boleh dibuat dalam keadaan duduk (relaks) dan lebih membantu dalam ruang yang sedikit luas. Perluasan kepekaan termasuk penggunaan medan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa (semua).

Mula-mula sukat dulu setakat mana kepekaan deria-deria.

Apa yang dilihat?

Seluas mana medan penglihatan? (tanpa cermin mata mungkin hampir 180°)

Apa yang dapat didengari?

Apa yang dapat dihidu?

Apa yang dapat dirasa (sentuhan dan rasa)?

Akhir sekali objek apa yang sedang difokus?

Sekarang mungkin sedang difokus pada laptop atau PC. Fokus dialih ke tempat lain, mungkin jam di dinding, seseorang di luar rumah, kereta.

Kemudian cuba peka dengan semua deria secara 360°.

Kemudian cuba fokus pada sesuatu tanpa melihat terus pada objek.

Kemudian cuba fokus pada sesuatu yang di luar medan penglihatan.

Tahu siapa yang berjalan berdekatan tanpa lihat padanya?

Dapat lihat seseorang tanpa fokus padanya?

Boleh dilakukan. Sambil fokuskan penglihatan pada laptop, boleh dilihat siapa yang lalu di sisi dan apa yang sedang dibuat seperti melihat sebuah wayang gambar.

Pada masa ini pada fikiran sedang fokus pada orang itu walaupun mata sedang fokus pada laptop

Boleh difokus anda pada sesuatu objek pada bila-bila masa, tetapi pada masa yang sama boleh alihkan (shift) fokus pada objek lain pada bila-bila masa dan antara objek dengan pantas.

Gunakan fungsi Kemahuan untuk meluaskan kepekaan, boleh katakan

“Saya peka dengan keadaan sekeliling saya dan diri saya secara 360° dan saya boleh alihkan fokus saya pada bila-bila masa.

Adakah peka dengan keadaan tubuh?

Peka dengan pernafasan? Sedalam mana nafasnya?

Peka dengan aliran darahnya? Atau bahagian tubuh yang mana aliran darahnya kurang memuaskan?

Peka dengan kehadiran dan tahap tenaga biologi pada bahagian-bahagian dalam tubuh?

Peka dengan kualiti udara yang dihidu atau air yang diminum?

Peka dengan tahap Kesihatannya?

Sekarang ni mungkin disedari deria rasanya bukan terhad pada lidah sahaja, tetapi termasuk kefungsian organ-organ lain juga.

Akhir sekali adakah boleh peka terhadap sesuatu yang tidak datang dari 5 deria utama? Contohnya sesuatu yang wujud hanya dalam mindanya? Adakah ia sesuatu yang bagus atau tidak?

Setelah dilakukan latihan ni, mungkin disedari bahawa kepekaan yang diperluas ni amat membantu untuk mahu menjadi individu yang lebih efektif atau mungkin untuk mencapai cita-cita, dan dijadikannya habit seharian.

Impian, Cita-cita, Matlamat, Keinginan

Impian, Cita-cita, Matlamat, Keinginan

Jika disedari dunia ini amat selective, dan manusia juga amat selective @ memilih. Apa yang membezakan yang mampu mencapai dengan yang tidak mampu mencapai jika dijejaki kepada asasnya adalah…

Mempunyai Impian atau Cita-cita yang pasti

Berbeza dengan yang biasanya mengharap alam semesta akan membawakannya ‘sesuatu’ yang disukainya, sesuatu yang dapat memuaskan hatinya dengan masa yang telah diluahkannya, sesuatu yang dia tidak pasti akan digapainya.

Impian atau cita-cita adalah keinginan yang pasti mahu dicapai dan ianya adalah antara asas kepada yang lebih berjaya. Dipegang erat kepada impiannya walaupun boleh jadi ada orang yang memperlekehkan impian atau cita-citanya, kebolehan dirinya, kedudukan dirinya dan tanpa sebab munasabah akan ada yang menghentamnya. Tapi yang berjaya tahu memasang impian adalah penting dan merupakan antara senjatanya yang paling ampuh.

Dengan impian atau keinginan yang pasti, satu litar biologi dalam tubuh akan terhasil di mana tenaga-tenaga biologi akan dihantar kepada bahagian-bahagian tubuh yang berkaitan untuk mencapai impian ini. Selain itu ilham-ilham untuk mencapai impian ini akan hadir baik dari sekecil-kecil pergerakan kepada sebesar-besar pergerakan, dan kedua-duanya adalah penting. Seterusnya KEKUATAN yang diperlukan akan hadir dalam diri.

Ambition -> Emotion -> Energy -> Motion -> Result

atau

Ambisi -> Emosi -> Energi -> Pergerakan -> Keputusan

Pergerakan yang betul akan menghasilkan keputusan yang betul. Degan impian atau keinginan yang pasti, akan terus bergerak supaya keinginan dapat dicapai dan disertai tenaga yang terarah kepada keinginan ini.

Impian yang PASTI adalah disertai dengan Kepercayaan yang PASTI

Dalam buku The Secret tulisan Rhonda Byrne, diceritakan apabila kepercayaan seseoran selari dengan impiannya, alam semesta akan mula berkomplot untuk merealisasikan impiannya. Apabila frekuensi fikiran seseorang sama dengan frekuensi impiannya, Hukum Tarikan @ The Law of Atrraction akan bertindak.

Tapi impian itu perlu ditetapkan dengan spesifik.

Alam semesta ini adalah spesifik. Tiada kejadian yang berlaku dengan secara kebetulan. Kedudukan planet-planet dan bintang-bintang adalah spesifik di atas orbitnya. Frekuensi setiap benda juga adalah spesifik. Bila impian itu jelas dan spesifik, frekuensi fikirannya akan tepat seperti yang betul-betul dimahukan dan hukum tarikan akan menarik sesuatu yang menyamai frekuensi fikirannya.

Menetapkan impian yang spesifik salah satu caranya adalah dengan soalan-soalan

Berapa banyak wang yang ingin dijanakan sebulan?

Berapa banyak wang yang ingin dikumpul setahun, tiga tahun atau lima tahun?

Bila mahu berkahwin?

Isteri yang macam mana  dimahukan?

Bila ingin disiapkan buku pertamanya?

Apa kereta pertama atau seterusnya yang mahu dibeli?

Rumah apa yang saya dibeli? Bila nak beli?

Soalan-soalan seperti ini dapabintangt membantu otaknya untuk tetapkan impian dengan lebih spesifik. Sesuatu keinginan mungkin menerbitkan suatu keperluan keinginan yang lain, tiada masalah. Yang pasti keinginan utamanya mahu dicapai.

Impian itu seperti pintu yang menghubungkan dua dunia berbeza.