Browsed by
Author: Hazu Lazuardi

Perisai ghaib untuk rawatan dan kesihatan mental

Perisai ghaib untuk rawatan dan kesihatan mental

Masalah wujud di mana-mana dan dan yang menjadi kerisauan biasanya yang berpunca dari dalam diri seseorang. Masalah kesihatan fizikal telah dilihat dalam post lepas dan kali ini diterokai pula tentang masalah kesihatan mental, dan kedua-duanya saling mempengaruhi jika diteliti dan dirasai. Masalah kesihatan mental atau disebut juga sebagai penyakit mental adalah masalah umum pada hari ini. Dianggarkan di negara ini ramai pesakit mental senyap yang tidak didiagnosis.

Dianggarkan ramai juga yang tidak sedar bahawa dia sedang mengalami atau semakin menuju kepada masalah kesihatan mental. Masalah hanya dapat diselesaikan jika ianya disedari. Meditasi adalah amalan yang bagus untuk membangunkan keupayaan kesedaran dan rasa bukan sahaja untuk mengenalpasti masalah, malah untuk mengenalpasti solusinya.

Salah satu teknik ampuh untuk merawat kesihatan mental atau untuk menguatkannya lagi adalah dengan menguasai teknik perisai ghaib. Ianya bukan teknik mistik dan bukannya perisai magik kepada ancaman fizikal dari luar, tetapi ianya adalah perisai kepada diri atau alam dalaman seseorang.

Harus difahami bahawa ancaman atau serangan kepada mental seseorang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja datangnya melalui deria-deria manusia biasanya pendengaran, penglihatan, sentuhan malah bau dan rasa juga dapat mengakibatkan serangan mental ini. Lebih teruk apabila maklumat-maklumat yang kompleks itu disimpan (stored) dalam memori seseorang. Serangan berterusan akan menyebabkan seseorang lebih lemah dengan bentuk serangan (maklumat) itu dan lebih teruk jika ia kekal dalam minda bawah sedar seseorang.

Sekarang lihat pula kepada teknik perisai ghaib. Keupayaan perisai ghaib dapat dibangunkan dengan cepat melalui amalan meditasi. Ianya harus ‘dirasai’ dan diamalkan dengan berterusan untuk mengasah keampuhannya. Terdapat pelbagai kegunaan perisai ghaib yang boleh diterokai seseorang termasuklah untuk rawatan dan kesihatan mental.

Jika seseorang menyelami alam dalamannya, dia dapat merasai atau ‘melihat’ bahawa serangan mental kepadanya datang seumpama serangan fizikal. Dia juga dapat merasai bagaimana serangan mental itu mempengaruhi prestasi tubuh badan dan fikirannya. Perisai ghaib dapat dibina serta merta dalam alam dalamannya untuk menghalang serangan itu daripada terkena dirinya. Bentuk dan warna perisai itu bergantung kepada kecenderungannya. Boleh jadi berupa pagar cahaya, cermin, dinding besi, cahaya berbentuk sfera atau apa sahaja.

Ia juga boleh dibentuk seperti peti kekangan (seal) yang dapat mengurung dan mengekang serangan atau punca serangan yang dilihatnya tadi dalam alam dalamannya. Bunyinya mungkin seperti sebuah kisah anime namun ini tidak lain adalah salah satu teknik manipulasi minda yang sangat ampuh. Penerokaan dan penguasaannya dapat menghasilkan individu yang cemerlang.

Penyembuhan minda / Mind healing untuk kesihatan dan penyembuhan penyakit kronik

Penyembuhan minda / Mind healing untuk kesihatan dan penyembuhan penyakit kronik

Dalam amalan keilmuan melayu kuno, ilmu rawatan tradisional cina, yoga dan seumpamanya, penyembuhan penyakit secara keupayaan dalaman atau fungsi semulajadi tubuh badan telah lama diamalkan. Cara penyembuhan yang dimaksudkan di sini tidak menggunakan sebarang ubat khusus, tetapi menggunakan dua kunci utama. Kunci pertamanya adalah manipulasi minda. Dengan kata lain penyembuhan minda @ mind healing. Kunci keduanya adalah udara bersih (oksigen) atau dalam amalan keilmuan kuno ditekankan tentang kepentingan pernafasan.

Dengan menggunakan dua kunci utama ini dan sedikit kefahaman tentang tubuh badan manusia di samping pengambilan nutrisi semulajadi yang mencukupi, tidak mustahil dan insyaAllah pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan pelbagai infeksi dalaman dapat dapat disembuhkan. Dalam masyarakat moden hari ini, masih terdapat segolongan masyarakat yang menyedari tentang perkara yang amat bernilai ini terutamanya di negara maju hasil kepantasan perkongsian maklumat termasuk juga ilmu saintifik melalui medium internet. Oleh itu pada golongan ini, amalan meditasi dan manipulasi minda tidak lagi dianggap suatu amalan  kuno yang tidak saintifik. Dalam keilmuan moden, teknik manipulasi minda dimanfaatkan dengan secara meluas dalam ilmu NLP (neuro-linguistic-programming), iaitu satu himpunan ilmu pengetahuan dan praktis yang dipakejkan dan diajar oleh jurulatih-jurulatih yang diiktiraf. Terdapat juga pengajian NLP di institut pengajian tinggi di luar negara yang menunjukkan betapa mendalamnya ilmu ini.

Kepentingan oksigen

Sebelum dijelaskan tentang teknik manipulasi minda, cuba lihat dahulu kepentingan dan fungsi oksigen dalam tubuh badan manusia. Oksigen adalah molekul semulajadi yang mengisi ruang udara (21%) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk berfungsi dengan baik. Fungsinya secara umum adalah pengurai atau sebagai bahan bakar untuk menukar zat daripada makanan kepada tenaga  yang diperlukan oleh sel-sel badan supaya dapat berfungsi dengan baik. Sel-sel badan yang memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi dengan secara semulajadinya akan dapat menjalankan fungsinya sebagai penggerak tubuh badan manusia dengan baik dan juga dapat menghapuskan sel-sel tidak sihat yang menjadi kanser dan tumor dalam badan. Ketidakcukupan bekalan oksigen kepada sel-sel badan juga boleh menyebabkan sel-sel itu terenfeksi menjadi sel tidak sihat.

Di sini difahami kepentingan dan fungsi oksigen itu secara ringkas untuk memahami kenapa ianya penting dalam penyembuhan minda.

Teknik penyembuhan minda

Seseorang dapat mengawal dan memanfaatkan potensi tubuh badannya tanpa perlu mengetahui secara terperinci bagaimana tubuh badannya berfungsi atau sains tubuh badannya (Sains tubuh badan dan ilmu medik adalah ilmu yang sangat bernilai yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah manusia). Namun dia perlu mengetahui cara untuk memanfaatkan potensi tubuh badannya melalui kefahaman perhubungan fungsi minda-tubuh badan. Minda dan tubuh saling berhubung dan telah diperincikan dalam ilmu neurologi dan psikologi. Dalam ilmu psikologi, potensi tubuh badan manusia dapat diaktifkan dengan  KEINGINAN dan PERCAYA.

Saya ingin dan percaya saya akan semakin sihat.

Saya ingin dan percaya saya akan semakin sembuh.

Saya ingin dan percaya saya akan sembuh daripada penyakit ini.

Saya ingin dan percaya saya akan survive!

Inilah teknik manipulasi minda dan perkara yang utama iaitu percaya atau kepercayaan. Keinginan dan kepercayaan ini harus dibentuk sehingga ia menguasai minda bawah sedar seseorang pada satu tahap yang tinggi. Cara membentuk kepercayaan pada minda bawah sedar ini adalah dengan komunikasi diri dengan mesej-mesej positif secara berterusan, sama ada melalui monolog dalaman, penglihatan atau pendengaran.

Teknik dan perkara kedua yang juga penting adalah PEKA. Teknik melatih kepekaan ada diterangkan dalam post terdahulu iaitu ‘Perluasan Kepekaan’. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang harus peka terhadap kewujudan masalah itu. Dalam penyembuhan minda di sini, seseorang harus peka dengan lebih spesifik bahagian manakah pada tubuhnya yang menjadi punca sakit itu. Jika seseorang itu peka terhadap fungsi RASAnya, dia dapat mengenal pasti bahagian pada tubuhnya yang menjadi punca penyakit. Bahagian atau kawasan itulah yang terenfeksi, mempunyai sel-sel tidak sihat dan menjadi punca penyakit. Kepekaan dan rasa ini lebih mudah diperolehi dalam keadaan relaks atau meditasi (meditasi itu harus dalam keadaan relaks).

Stress adalah penghalang bukan sahaja kepada relaksnya seseorang, malah kepada kepekaan dan fungsi rasanya. Stress yang menjadi amalan berterusan sama ada secara sedar atau tidak biasanya akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit kepada sesiapa sahaja kerana ia menyebabkan organ-organ dalaman tidak berfungsi dengan baik.

Dalam mendalami rasa itu, nafas amat penting dan bernafaslah dengan tengan dan lebih dalam. Bahagian yang menjadi punca sakit itu setelah diteliti dengan fungsi rasa, ia sebenarnya akan mejadi lebih sakit, dan ianya satu petanda yang bagus. Ianya menunjukkan bahawa tubuh badan anda seudah mula peka terhadap masalah itu dan mungkin juga telah cuba menghapuskannya. Di sinilah oksigen dan nafas memainkan peranan yang penting. Pada tahap ini seseorang mungkin secara intuitifnya akan cuba bernafas dengan lebih dalam untuk membekalkan oksigen dengan lebih mencukupi ke bahagian itu.

Setelah dikenal pasti bahagian yang mejadi punca sakit itu dengan kepekaan dan rasa, seterusnya adalah mengenalpasti bahagian mana yang bersambung atau terefek daripada bahagian sakit utama tadi, juga dengan peka dan rasa. Pada saat ini, seseorang harus berada dalam keadaan terlampau relaks seperti baring atau duduk di atas sebuah kerusi yang empok. Mengenal pasti bahagian lain yang terefek ini sangat berguna, kerana secara intuitif tubuh badan seseorang akan sedar di manakah dan dari manakah mengalir saluran darah ke bahagian utama sakit itu. Perhatikan sekali lagi keadaan nafas pada saat ini sama ada ia bersesuaian atau tidak. Pada tahap ini tubuh badan seseorang itu mungkin telah cuba perbaiki pengaliran darahnya secara semula jadi sesuai dengan keinginan dan kepercayaannya.

Setelah seseorang itu mempunyai kebolehan untuk merasai bahagian sakitnya dan bahagian-bahagian lain yang berhubung dengannya, sudah tiba masanya untuk dia ‘merawat’ sakitnya itu. Kebolehan peka dan rasa yang teraktif tadi mungkin mengilham intuisinya tentang apa yang diperlukan  untuk merawat sakitnya itu. Sumber yang paling dekat dan utama adalah udara segar atau oksigen. Dengan teknik tumpuan dan sedikit pergerakan badan dan mulut, oksigen yang lebih banyak dapat diarahkan ke tempat sakit tadi. Teknik yang paling senang adalah dengan membuka mulut secara luas dan lama dan seseorang dapat merasai kesembuhan segera bermula dengan bahagian yang paling dekat dengan mulut iaitu tempat oksigen masuk tadi. Kebolehan peka dan rasa mungkin juga ‘memberitahu’ seseorang tentang keperluan nutrisi tertentu yang boleh diperolehi melalui makanan semula jadi seperti buah dan sayuran.

Setelah dirasai bekalan oksigen yang mencukupi ke bahagian tubuh tersebut, seterusnya merasai ia semakin sembuh, iaitu sel-sel tidak sihat tersebut sudah mula dilawan oleh sel-sel sihat. Seseorang mungkin juga merasai ia bergerak atau dipindahkan ke bahagian lain yang lebih risau dan sel-sel sihat di bahagian tersebut seharusnya mempunyai kebolehan melawan sel-sel tidak sihat tersebut sehingga ia dihapuskan secara menyeluruh.

Teknik penyembuhan minda ini untuk merawat sakit seperti kanser, tumor dan ruam biasanya memerlukan masa bertahun-tahun sehingga menjadi kebiasaan tubuh badan seseorang menolak dan menghapuskan sel-sel tidak sihat yang menghuni tubuhnya.

Rawatan lain seperti pembedahan, bekam buang darah kotor, nyahtoksin menggunakan alatan tertentu dan nutrisi khas sebenarnya mempercepat lagi penyembuhan yang tidak termampu secara minda atau semula jadi. Namun penyembuhan minda dapat membuka jalan penyembuhan yang tertutup biasanya secara tidak sedar dalam diri seseorang sebelumnya. Zat-zat makanan seharian dapat diekstrak dengan lebih cekap dengan teknik penyembuhan minda.

Seseorang mungkin juga menerokai lagi teknik ini untuk melawan dan menghapuskan apa sahaja yang tidak diingini di dalam badannya dan juga menaik taraf sistem tubuh badannya untuk menjadi lebih cekap.

Database sebagai aset berkuasa

Database sebagai aset berkuasa

Database harus dikumpul seawal mungkin. Database adalah himpunan maklumat-maklumat dalam keadaan tersusun dan biasanya ia menghimpun senarai-senarai yang penting sama ada untuk perkembangan perniagaan, karieer, keprofessionalan dan juga minat seseorang.

Database-database yang berguna untuk ahli perniagaan, professional, seseorang ketua atau individu boleh disenaraikan seperti berikut:

  1. Senarai pembekal barangan perniagaan.
  2. Senarai individu yang berpotensi sebagai rakan perniagaan, collaborator atau penyelesai masalah.
  3. Senarai bekas pelanggan atau orang yang berminat dengan tawaran kamu.
  4. Senarai servis yang ada untuk menjalankan perniagaan atau projek.
  5. Senarai bakal majikan untuk seorang pekerja atau professional.
  6. Senarai organisasi dan syarikat yang berkaitan dengan perniagaan atau karieer seseorang.
  7. Senarai aset yang dimiliki seseorang.
  8. Senarai fasiliti atau peralatan berkaitan yang boleh digunakan.
  9. Rekod-rekod pembelian atau audiens.
  10. Senarai kata kunci yang penting.
  11. Senarai ayat-ayat berguna untuk perniagaan atau projek.
  12. Sebarang himpunan data-data lain yang berguna.

Maklumat daripada sesebuah database adalah sangat bernilai. Maklumat adalah sangat bernilai dalam perniagaan atau keprofessionalan seseorang. Ianya harus mempunyai harga yang sepadan sama ada dengan kesusahan untuk memperolehinya atau potensinya. Dalam sesuatu situasi, maklumat dalam sesebuah database tidak harus diberikan secara percuma tetapi harus menjadi sebuah tawaran yang menguntungkan seseorang.

Ianya boleh jadi lebih bernilai daripada networking jika digunakan dengan betul dan seseorang juga tidak perlu risau berkaitan networking jika dia mempunyai database yang hebat. Ini kerana database itu sendiri mempunyai potensi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dapat diselesaikan dengan networking.

Dengan bermulanya zaman big data sekarang, database itu sangat bernilai sama ada pada peringkat individu sehinggalah kepada orgnanisasi atau sesebuah negara. Cara untuk mengumpul database adalah sebuah topik yang besar namun cara yang paling mudah adalah buku dengan pen atau penggunaan barangan elektronik seperti laptop.

Database boleh menjadi faktor besar kejayaan atau perkembangan kehidupan seseorang.

Adab-adab untuk menuntut dan menyampaikan ilmu

Adab-adab untuk menuntut dan menyampaikan ilmu

Adab-adab untuk menuntut dan menyampaikan ilmu adalah suatu struktur keilmuan yang kukuh yang wujud secara alaminya, namun perlu difahami oleh setiap ilmuan agar keilmuan yang bermanfaat itu dapat berkembang secara baik.

Secara alami di sini berlaku kerana sifat ilmu itu sendiri yang walaupun tidak dapat dihurai dengan kaedah saintifik seperti bahan-bahan fizikal, ia tetap mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat alami yang dengan praktis yang betul, ia dapat dimanfaatkan dengan lebih optimum.

Oleh kerana sifat ilmu ini, ia lebih ‘suka’ dengan struktur ilmu yang dapat memanfaatkannya secara optimum. Bagaimana? Menerusi zaman-zaman yang dilalui oleh manusia, ia dikenalpasti dan menjadi adab-adab yang harus ada dalam menuntut dan menyampaikan ilmu secara wajarnya.

Kenapa? Ilmuan itu usahanya adalah untuk mengembangkan ilmu bagi mensejahterakan lagi manusia dan alam, jadi jika dijaga adab ini ilmu itu dapat berkembang dengan lebih optimum.

Adab-adab dalam menuntut dan menyampaikan ilmu itu sesuai untuk diketahui oleh semua penuntut dan penyampai ilmu.

Mula dengan secara umumnya, apa yang perlu tahu oleh semua penuntut dan penyampai ilmu.

  • Setiap ilmu yang bermanfaat itu harus dihormati walau di mana jua ia diperolehi atau dijumpai, dan jika diperlekehkan, bersedialah untuk diperlekehkan kembali oleh alam semesta.
  • Ilmu itu adalah sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang bernilai itu harus mempunyai maharnya dan bukan percuma.
  • Namun nilai sebenar sesuatu ilmu itu bukanlah pada maharnya.
  • Mahar itu menjadikan ilmu itu lebih dihormati.
  • Mahar ilmu tidak menjadikan ia setaraf dengan bahan dagangan.
  • Ilmu itu datang kepada penerima ilmu dengan tanggungjawab untuk memanfaatkannya yang berlaku secara alami.

Adab untuk penuntut ilmu:

  1. Mula menuntut ilmu dengan niat yang baik. Jaga niat itu dan hayatilah niat itu sepanjang proses menuntut ilmu.
  2. Penuntut perlu bersedia berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu namun dengan cara yang betul.
  3. Semasa meminta ilmu dengan seseorang, mintalah dengan baik walau sudah dibayar maharnya.
  4. Kerana ilmu yang bermanfaat itu harus dihormati, rendahkan diri dan elakkan berkasar semasa proses menuntut ilmu supaya penuntut disukai ilmu.
  5. Jika si penyimpan ilmu tidak mahu menyampaikan ilmu walau apapun sebabnya, usah dipaksa tetapi negosiasilah syaratnya untuk diberikan ilmu itu.

Adab untuk pemberi ilmu.

  1. Si pemberi ilmu harus kenal pasti cara supaya ilmu itu dapat mengalir dan dikembangkan dengan secara optimum tetapi bukan dengan diberikan semua secara percuma atau senang.
  2. Ilmu yang diperolehi dengan secara susah, usah diberikan dengan secara percuma atau senang kerana 3 sebab. Yang pertama kerana ilmu itu mempunyai nilai. Yang kedua untuk melatih si penuntut ilmu supaya dapat megembangkan ilmu itu sendiri dan ketiga untuk penuntut tahu kesusahan untuk memperolehi ilmu itu sendiri.
  3. Ilmu yang datang secara senang lebih elok disampaikan secara senang juga.
  4. Ilmu itu harus diberikan kepada sesiapa yang layak sahaja. Jika si penuntut masih di peringkat A, tidak harus terus diberi peringkat C secara keseluruhan supaya si penuntut boleh sampai ke peringkat C dengan sendiri. Ini juga untuk melatih penuntut mengembangkan ilmu.
  5. Setiap orang yang rela berusaha dengan cara yang betul layak diberikan ilmu. Usah diskriminasikan penuntut yang layak kerana ilmu tidak dapat dikembangkan sebegitu.
  6. Lebih ramai orang yang menerima ilmu lebih bagus, namun cara penyampaian itu harus adil, cth. si penyampai tidak menumpukan kepada seorang dengan mengabaikan si penuntut lain yang layak menerima.
  7. Ilmu daripada seseorang ilmuan perlu mengalir dengan secara berkala namun berperingkat.
  8. Menjadikan ilmu alatan kuasa bukanlah jalan ilmuan. Jika seseorang menjadikannya alatan kuasa, perkembangan ilmunya akan terhenti di situ atau menjadi susah.

Lihat sahaja negara barat sekarang yang sedang mendahului dalam penguasaan ilmu. Walaupun mereka mementingkan kuasa, mereka tetap tidak menyimpan sesuatu ilmu seperti sains dan teknologi mahupun falsafah kepada mereka sahaja tetapi berkongsikan juga kepada semua secara global. Masyarakat gaya US contohnya menjadikan sharing sebagai budaya mereka. Institusi-institusi keilmuan di negara maju lebih banyak berkongsi sesuatu ilmu berbanding di negara lain. Mereka memahami sifat ilmu itu.

Yang terakhir, ilmu yang dinyatakan di atas tidak menyamai ilmu agama atau ilmu syar’i yang disampaikan Nabi SAW. Kerana apa? Ilmu agama yang Nabi SAW sampaikan datang secara percuma dengan perjuangan baginda kepada umatnya, dan wajib ada yang menyampaikannya kepada masyarakat walau tanpa diminta. Ilmu syar’i itu wajib diketahui oleh semua mukmin. Walaupun ia tidak harus dimaharkan, darjatnya adalah lebih tinggi daripada ilmu alami.

Lelaki/Wanita Berprinsip

Lelaki/Wanita Berprinsip

Manusia cemerlang yang apabila dikaji teras-teras dalam dirinya antaranya adalah mempunyai prinsip diri yang kukuh. Manusia ini adalah manusia atau lelaki/wanita berprinsip.  Kukuhnya prinsip dalam dirinya itu adalah ibarat program atau struktur utama yang amat efektif. Prinsip yang kukuh apabila cuba diubah oleh sesuatu pengaruh yang tidak selari tetap akan kukuh. Ianya bukan kedegilan, tetapi sesuatu sistem yang amat difahami oleh manusia cemerlang.

Manusia cemerlang memahami bahawa prinsip seseorang mungkin berbeza, kerana prinsip itu intipatinya adalah nilai-nilai (value) yang dipegang oleh seseorang.

Contoh nilai:

  • Kualiti kerja/servis
  • Perhubungan
  • Kekeluargaan
  • Keagamaan
  • Professionaliti
  • Kesihatan
  • Kekayaan
  • Kepuasan
  • Gaya/kecantikan
  • Integriti
  • Keadilan
  • Kedudukan/pangkat
  • Kehormatan
  • Patriotisme
  • Kepimpinan
  • Menghargai masa
  • Fokus
  • Cinta
  • Kesetiaan
  • Kesahihan
  • Nama (Visibility)
  • Kebebasan
  • Sikap yang betul
  • Kesopanan
  • Keuntungan dll.

Nilai-nilai yang dipegang dan dihargai seseorang itu menjadi prinsipnya. Prinsip seseorang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa boleh jadi bergantung kepada pengalaman dan ilmu pengetahuannya. Prinsip yang baik dibina dengan nilai-nilai yang positif dan ianya biasanya bukan sahaja baik untuk individu itu malah juga kepada orang sekeliling dan alam.

Jika di sebalik prinsip itu adanya nilai-nilai, di sebalik nilai itu ada lagi nilai yang lebih teras. Dan semuanya berhubung rapat dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan seseorang. Manusia cemerlang ada masanya mahu juga mengenal pasti prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang mahu/perlu dipegangnya untuk komunikasi diri yang lebih baik.

Setelah menenal pasti prinsip diri, apa yang berlaku dan dialami oleh manusia cemerlang akan dirujuk dan diubah berdasarkan prinsip dirinya. Prinsip diri yang kuat walau dalam apa jua keadaan akan terus berdiri teguh ibarat sebuah kubu utama yang amat kukuh.